Wednesday, September 14, 2011

Yob Humaidi Kembali Ke RahmatuLlah


Hari Jumaat 9 September 2011, merupakan hari sedih lagi bagi keluarga saya. Ini kerana seorang sepupu saya telah kembali ke RahmatulLah. Beliau ialah Allahyarham Mohamad Humaidi b. Hj. Mahyuddin, 53 tahun.  Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di wad ICU hospital Taiping pada kira-kira jam 3.00 petang akibat sakit jantung, kencing manis dan paru-paru berair. 
Pada mulanya  Allahyarham dimasukkan ke hospital Kuala Kangsar pada 3 September setelah sesak nafas, dan dipindahkan ke hospital Taiping pada 4 September.  Saya sempat menziarah Allahyarham semasa di hospital Kuala Kangsar dan juga semasa di hospital Taiping.
Semasa hayatnya,  Allahyarham merupakan seorang tentera yang lama  berkhidmat di Port Dickson. Setelah bersara kira-kira 13 tahun yang lalu, beliau tinggal di kampung Jalan Badak dan bekerja sendiri .  Beliau meninggalkan seorang isteri, 5 orang anak dan 3 orang cucu.  Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya, Amin.
Gambar ini diambil semasa majlis Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri keluarga Cucu Pandak Leman pada 31 Ogos 2011. Allahyarham memakai baju Melayu berwarna merah hati, duduk dibarisan hadapan sekali.
Gambar ini pula saya ambil semasa di wad ICU Hospital Taiping pada 8 September sehari sebelum beliau meninggalkan kita buat selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment