Tuesday, March 1, 2011

Mak We Dalam Kenangan

Pada hari Isnin malam Selasa bersamaan 7 Februari 2011, bonda Hjh Mariah @ Umi Zamawi binti Meor Abdul Aziz telah kembali ke RahmatuLlah di rumahnya.  Bonda Hjh Mariah berumur 73 tahun meninggalkan 8 orang anak, 28 orang cucu dan 2 orang cicit.

Esoknya iaitu hari Selasa, jenazah bonda Hjh Mariah selamat dimandi, dikafan, disembahyangkan serta dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Jeliang. Ramai sanak saudara yang dekat dan jauh telah hadir. Begitu juga dengan sahabat handai serta kenalan anak-anaknya turut hadir pada pagi hari itu. Jenazah disembahyangkan di Surau Hamidiah Kampung Jalan Badak oleh lebih 300 orang yang terdiri dari kaum keluarga, sahabat handai, pelajar-pelajar lelaki al-Mizan setra pelajar Sekolah Raja Nazrin Kampung Gajah.

Dari Allah kia datang, kepada Allah kita kembali. Didoakan, roh bonda Hjh Mariah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang Soleh, Amin Ya Rabbul Alamin...!