Thursday, November 18, 2010

Ibadah Korban 1431H

AlhamduliLlah pada hari raya korban tahun ini, penduduk kampung Jeliang telah bergotong royong melaksanakan penyembelihan korban sebagai satu ibadah yang amat dituntut di dalam Islam sempena hari raya tersebut.

Pada hari raya pertama, sebanyak 4 ekor lembu dikorbankan di perkarangan Masjid Sultan Yusuf Kampung Jeliang. Manakala pada hari raya kedua sebanyak 13 ekor lembu pula dikorbankan di Pusat Pengajian Pondok Al Ridzuan Jalan Badak.

Semoga Allah S.W.T. menerima korban peserta-peserta korban tersebut, Amin Ya Rabbal Alamin!

Berikut adalah gambar kenangan semasa melaksanakan ibadah korban di kedua-dua tempat tersebut.












Thursday, November 11, 2010

Tahniah UPSR dapat 5A

Tahniah diucapkan kepada cicit Hj Pandak Leman yang telah berjaya dalam peperiksaan UPSR 2010 baru-baru ini. Ada yang dapat 5A dan ada yang tak dapat.  Walau apapun keputusan anda,  bila naik sekolah menengah nanti,  pelajarannya lebih mencabar dan lebih susah.  Semoga tabah menghadapi dan selamat maju jaya.

1. Nabil Husaini b Mohd. Kamalul Abrar (5A)


2. Muhammad Afiq b. Azman (5A)



3. Syasya Amira bt Fairuzzabadi (5A)




(Nota:
Mungkin ada lagi cicit Hj Pandak Leman yang dapat 5A dalam UPSR 2010,  mohon emel atau smskan maklumat itu kepada saya, terima kasih.)