Tuesday, September 13, 2011

Yang datang lewat...

Sebaik sahaja keluarga cucu-cucu Al Marhum Tn Hj Pandak Leman bersurai dan balik ke rumah untuk berehat, tiba-tiba menyusur 3-4 buah kereta memasuki halaman rumah saya. Rupa-rupanya ada lagi keluarga cucu Pandak Leman yang sampai.  Bila ditanya kenapa lewat, mereka kata,  "tak tahu program itu sebelah pagi, ingatkan sebelah petang".  Lagi pun deme ini dari jauh, jalan jem pulak tu... Oleh kerana kerusi-meja masih tersusun, khemah masih berdiri dan makanan masih banyak, maka 'mood' perjumpaan hari raya masih terasa walaupun tidak seseronok pagi tadi.

Bila diberitahu keputusan "mesyuarat" tadi untuk mengadakan perjumpaan setiap tahun iaitu pada setiap 2 Syawal, mereka memberi jaminan, tahun depan "sure datang awal punya".  Bila diberitahu ada JK dibentuk dan dikenakan yuran tahunan,  mereka terus membayar yuran tahunan tersebut. Ini menjadikan mereka adalah orang yang paling awal membayar yuran...  Mungkin mereka "takut dipecat keanggotaan" jadi ahli kot!! (gurau aje)






No comments:

Post a Comment