Wednesday, September 14, 2011

Yob Humaidi Kembali Ke RahmatuLlah


Hari Jumaat 9 September 2011, merupakan hari sedih lagi bagi keluarga saya. Ini kerana seorang sepupu saya telah kembali ke RahmatulLah. Beliau ialah Allahyarham Mohamad Humaidi b. Hj. Mahyuddin, 53 tahun.  Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di wad ICU hospital Taiping pada kira-kira jam 3.00 petang akibat sakit jantung, kencing manis dan paru-paru berair. 
Pada mulanya  Allahyarham dimasukkan ke hospital Kuala Kangsar pada 3 September setelah sesak nafas, dan dipindahkan ke hospital Taiping pada 4 September.  Saya sempat menziarah Allahyarham semasa di hospital Kuala Kangsar dan juga semasa di hospital Taiping.
Semasa hayatnya,  Allahyarham merupakan seorang tentera yang lama  berkhidmat di Port Dickson. Setelah bersara kira-kira 13 tahun yang lalu, beliau tinggal di kampung Jalan Badak dan bekerja sendiri .  Beliau meninggalkan seorang isteri, 5 orang anak dan 3 orang cucu.  Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya, Amin.
Gambar ini diambil semasa majlis Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri keluarga Cucu Pandak Leman pada 31 Ogos 2011. Allahyarham memakai baju Melayu berwarna merah hati, duduk dibarisan hadapan sekali.
Gambar ini pula saya ambil semasa di wad ICU Hospital Taiping pada 8 September sehari sebelum beliau meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Tuesday, September 13, 2011

Senarai Jawatankuasa Cucu Pandak Leman 2011/2012

Tn Hj Ahmad Zuhairi b Hj Zakaria (Pengerusi)

Tn Hj Nasaruddin b Hj Yunus (Naib Pengerusi)

En. Fairuzzabadi b Zamzuri (Setiausaha)

En Saipuddin b Hj Abdul Aziz (Bendahari)

En Abdul Halim b Hj Mahyuddin (AJK)

En Mohd Khalid b Hj Abdul Aziz (AJK)

En Mohd Kamalul Abrar b Hj Zakaria (AJK)

Pn Noor Huda bt Hj Zakaria (AJK)

Antara keputusan yang dicapai dalam perbincangan Hari Keluarga 2011

(1)  Mengadakan Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun iaitu pada hari raya ke-2 (2 Syawal)

(2) Tuan rumah bagi sambutan Hari Raya Keluarga Cucu Pandak Leman pada tahun hadapan adalah di rumah Tn Hj Mahayuddin

(3) Yuran Tahunan dikenakan kepada setiap keluarga cucu dan keluarga cicit yang telah mendirikan rumah tangga. Kadar Yuran adalah RM50 setahun bagi satu keluarga.
 

Yang datang lewat...

Sebaik sahaja keluarga cucu-cucu Al Marhum Tn Hj Pandak Leman bersurai dan balik ke rumah untuk berehat, tiba-tiba menyusur 3-4 buah kereta memasuki halaman rumah saya. Rupa-rupanya ada lagi keluarga cucu Pandak Leman yang sampai.  Bila ditanya kenapa lewat, mereka kata,  "tak tahu program itu sebelah pagi, ingatkan sebelah petang".  Lagi pun deme ini dari jauh, jalan jem pulak tu... Oleh kerana kerusi-meja masih tersusun, khemah masih berdiri dan makanan masih banyak, maka 'mood' perjumpaan hari raya masih terasa walaupun tidak seseronok pagi tadi.

Bila diberitahu keputusan "mesyuarat" tadi untuk mengadakan perjumpaan setiap tahun iaitu pada setiap 2 Syawal, mereka memberi jaminan, tahun depan "sure datang awal punya".  Bila diberitahu ada JK dibentuk dan dikenakan yuran tahunan,  mereka terus membayar yuran tahunan tersebut. Ini menjadikan mereka adalah orang yang paling awal membayar yuran...  Mungkin mereka "takut dipecat keanggotaan" jadi ahli kot!! (gurau aje)






Gambar Keluarga Mengikut Waris Masing-masing

Oleh kerana masa sudah agak lewat, dan cuaca sudah panah terik, bergambar beramai-ramai yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Kami hanya bergambar mengikut waris masing-masing. Mula-mula anak cucu cicit Ayah We, Kemudian anak cucu cicit ayah ngah. Dan lepas itu anak cucu cicit ayah cu...  Dan bila ramai dah bersurai, tiba-tiba datang pula anak dan cucu 'Wan Cu Erah'  dari  KL....

Anak cucu cicit Ayah we = 40 orang

Anak cucu cicit ayah ngah = 42

Anak cucu Ayah Cu = 50 orang

Anak dan cucu Wan Cu Erah = 17 orang

Gambar keluarga Cucu-cucu Pandak Leman



























Lagi gambar-gambar Majlis Hari Raya Cucu Pandak Leman