Sunday, October 10, 2010

Kabel Telefon Dalam Tanah

Setelah sebulan selepas hari raya tempuh hari,  tidak ada apa-apa berita menarik di kampung buat masa ini.  Cuma kalau ada pun, sekarang ini di sepanjang jalan raya dari Ulu Kenas hinggalah ke Pekan Manong, kerja-kerja pemasangan kabel telefon di dalam tanah sedang giat dijalankan. Kalau kita melalui jalan raya di sini, biasa kita akan tersekat oleh pekerja-pekerja  yang sedang menanam  kabel-kabel tersebut.

Sekarang ini kabel telefon di tanam di dalam tanah dan tidak lagi disangkut di tiang-tiang sepanjang jalan raya. Ini semua angkara orang-orang yang tidak takut dosa yang mencuri kabel telefon untuk diambil “tembaga”nya dan dijual. Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka,  ramailah orang kampung tidak boleh lagi menggunakan telefon. Ada di antara mereka yang telah menghantar telefon mereka ke TM Point kerana tak mahu membayar sewa tanpa dapat menggunakan perkhidmatannya.

Insya-Allah bila siap kabel dalam tanah ini, perkhidmatan telefon, broadband  dan wifi di kampung kita akan lebih lancar dan tidak lagi terganggu....




No comments:

Post a Comment