Friday, October 15, 2010

Berita Dari Kampung…


Pagi Selasa 12 Oktober lalu,  ayahanda Hj Abdul Aziz dikejarkan ke hospital Kuala Kangsar dengan ambulan dari klinik Manong.  Beliau didapati “pengsan” dan tak sedarkan diri.  Ini kali kedua ayahanda Hj Abdul Aziz berkeadaan demikian.  Kali pertama pada akhir tahun lepas.  Sesampai di wad kecemasan,  beliau telah sedar kembali, namun pihak hospital menahannya untuk tinggal di wad bagi menstabilkan keadaan beliau.

Saya pun tak pastilah penyakit yang dihidapinya.  Namun ayahanda Hj Abdul Aziz sememangnya ada mengidap penyakit “kencing manis”  dan memakan ubat bagi melegakan penyakit tersebut. Difahamkan ubat yang dimakan itu boleh mengurangkan kadar gula dalam darah sehingga menyebabkan si pesakit ‘pengsan’, jika sipesakit tidak mengambil kandungan gula yang lain.  

Penyakit kurang gula dalam darah ini disebut dalam bahasa perubatannya sebagai “hipoglikimia”.  Wallahu aklam!

Walaupun begitu, Alhamdulillah, ayahanda Hj Abdul Aziz dah kembali pulih dan dibenarkan keluar wad pada esok harinya iaitu hari Rabu 13 Oktober. Didoakan semoga beliau terus sihat wal afiat, amin!


Ambulan dari klinik Manong dipanggil untuk membawa ayahanda Hj Abdul Aziz ke hospital Kuala Kangsar

Di dalam ambulan...

Di wad kecemasan... ayahanda Hj. Abdul Aziz sudah "sedar" semula

Sembahyang Asar  di wad hospital Kuala Kangsar


No comments:

Post a Comment