Thursday, November 18, 2010

Ibadah Korban 1431H

AlhamduliLlah pada hari raya korban tahun ini, penduduk kampung Jeliang telah bergotong royong melaksanakan penyembelihan korban sebagai satu ibadah yang amat dituntut di dalam Islam sempena hari raya tersebut.

Pada hari raya pertama, sebanyak 4 ekor lembu dikorbankan di perkarangan Masjid Sultan Yusuf Kampung Jeliang. Manakala pada hari raya kedua sebanyak 13 ekor lembu pula dikorbankan di Pusat Pengajian Pondok Al Ridzuan Jalan Badak.

Semoga Allah S.W.T. menerima korban peserta-peserta korban tersebut, Amin Ya Rabbal Alamin!

Berikut adalah gambar kenangan semasa melaksanakan ibadah korban di kedua-dua tempat tersebut.












No comments:

Post a Comment