Al-Fatihah untuk ayahanda yang dikasihi…
Pada saya, ayahanda yang dikasihi adalah seorang yang sangat berjasa khususnya kepada kami sekeluarga dan masyarakat sekeliling kami umumnya. Kalau boleh saya menceritakan, sejak dari mudanya, ayahanda adalah seorang yang sangat suka menuntut ilmu terutama ilmu Agama. Selepas menamatkan sekolah rendah, beliau belajar di sekolah pondok di Benut Payung Kelantan dan juga di Kedah Darul Aman. Hajat beliau untuk menyambung pelajaran di Makkah al Mukarramah tidak kesampaian apabila sesampainya beliau di sana pada tahun 1955 telah berlaku keadaan ‘tegang’ dan peperangan antara Negara-negara Arab dan Israel menyebabkan rakyat negara luar tidak dibenarkan berada di negara tersebut.
Apabila ayahanda balik dari Makkah itu, beliau telah mendirikan rumah tangga pada usia 3o tahun dan membuka Sekolah Agama Rakyat di Kampung Jeliang ini bagi meneruskan perjuangannya menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat. Walaupun pada masa itu terdapat berbagai tawaran untuk beliau berkhidmat dengan kerajaan seperti menjadi Kadi dan guru agama, namun ayahanda lebih berminat untuk membuka sekolah agama dalam visinya menyampaikan risalah dan dakwah Islamiah kepada masyarakat di samping bekerja sendiri untuk menyara diri dan keluarganya.
Begitulah kehidupan ayahanda yang dikasihi, pada sebelah pagi beliau menjadikan kebun dan sawah sebagai tempat perjuangannya, sebelah petang beliau akan meneruskan tugas mendidik anak bangsa mengenal agama Islam yang suci di ‘Sekolah Arab’nya dan sebelah malamnya pula beliau akan mengunjungi masjid-masjid dan surau-surau bagi menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat kerana beliau dilantik sebagai Guru Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Selain itu ayahanda merupakan imam di masjid dan merupakan pakar rujuk berkaitan ilmu agama kepada masyarakat sekeliling.
Perjuangan ayahanda di sekolah agama rakyat yang dikenali juga Madarsah Hidayah Islamiah Kampung Jeliang selama hampir 40 tahun itu diteruskan pula di SMA Maahad Al-Mizan apabila sekolah al Mizan itu ditubuhkan pada tahun 1995. Ayahanda menjadi pengasas dan pengetuanya yang pertama. Waktu itu ayahanda saya sudah pun berusia 67 tahun, namun perjuangannya sukar ditandingi. Segala perit getir dilalui dengan tabah. Beliau bukan sahaja sebagai pengetua tetapi juga sebagai ‘tukang kebun’, ‘pencuci bilik air’ atau apa sahaja tugas yang perlu yang mampu dilakukan bagi ‘menghidupkan’ sekolah menengah agama itu pada peringkat awalnya. Saya masih ingat, mana ada pengetua yang ‘gaji’nya lebih rendah berbanding guru-guru-guru biasa di sekolahnya. Tetapi itu ada pada yang dikasihi ayahanda saya. Beliau membayar gaji guru melebihi gajinya sendiri semata-mata kerana hendakkan guru-guru muda itu kekal mengajar di situ. Namun segala kesusahan dan ‘pahit maung’ beliau terubat apabila orang ramai dan masyarakat luar terus memberi sokongan dengan memberi bantuan kewangan termasuk membeli ‘wakaf kaki’ dan menghantar anak-anak untuk belajar ke sekolah tersebut.
Ayahanda saya meletakkan jawatan sebagai pengetua pada tahun 2001 apabila beliau merasa tidak mampu meneruskan tugas yang sangat mencabar itu berbanding usianya. Lagi pun beliau sudah nampak penggantinya iaitu al fadzil ustaz Hj Megat Radzuan yang baru bersara dari jawatan kerajaan pada masa itu. Selepas itu, ayahanda masih menerus tugas sebagai seorang guru biasa di sekolah tersebut sehinggalah pada tahun 2003. Selain daripada itu ayahanda meneruskan tugas dakwahnya dan memimpin orang ramai mengenali ilmu Islam apabila beliau menjadi salah seorang tenaga pengajar di Pondok AlRidzuan Kpg Jalan Badak dan juga mengajar di masjid Jeliang sehinggalah ke akhir hayatnya.
Sesungguhnya saya sangat berbangga mempunyai seorang ayahanda seperti beliau. Beliau merupakan seorang yang tegas tetapi sangat menyayangi anak-anaknya. Kesemua kami diberi pendidikan yang secukupnya setakat mana yang kami mampu. Tidak pernah ada alasan ‘tidak ada duit’ untuk belajar. Pergilah menuntut ilmu setakat mana kami nak pergi. Beliau akan sentiasa mengusahakan mengikut kemampuannya. AlhamduliLlah berkat dari usaha dan doanya, tujuh dari sepuluh orang anaknya ‘graduat’ dari universiti-universiti tempatan. Beliau tidak meninggalkan harta yang banyak, tetapi beliau meninggalkan anak-anaknya yang mempunyai bekalan ilmu pengetahuan….


Saya masih teringat satu ucapan ayahanda di majlis perpisahannya di Maahad Al Mizan pada tahun 2003, bahawa sebiji kelapa tua, kalau dimakan akan memberi santan yang pekat dan berkhasiat, dan kalau ditanam akan menjadi benih dan akan tumbuh sebagai pokok baru yang subur, dan kalau boleh beliau nak menjadi seumpama ‘kelapa tua’ yang banyak menafaatnya kepada manusia keseluruhannya itu. Dengan kata lain, hidup kita ini biarlah banyak membuat jasa dan berguna kepada orang orang lain. Alhamdulillah, ayahanda telah pun dapat memberi sumbangan yang besar kepada ahli keluarganya dan memberi menafaat kepada masyarakat sekelilingnya.
Sekarang apabila ayahanda saya sudah tiada, saya sangat ‘terasa sayu’… lebih-lebih lagi apabila ketika pergi solat Jumaat ke masjid. Memang telah menjadi kebiasaan saya sejak lebih 10 tahun ini, saya akan mengambil beliau untuk bersolat Jumaat di masjid dan menghantarnya ke rumah semula selepas solat itu. Tetapi sekarang saya akan keseorangan tanpa beliau di sebelah untuk solat ke masjid itu…
Semoga Allah SWT melimpahkan Keredhaan dan Syurga Nya kepada Roh ayahanda yang dikasihi, Amin ya Rabbul Alamin!
Anda Bosan Menjadi Pemain Dan Ingin Menjadi Bandar??? Temukan Solusinya Hanya Di PesonaQQ.com
ReplyDeletePenawaran Special Dari PesonaQQ Untuk Anda Yang Bergabung Hari Ini Juga :
=>> Bonus Turnover 0.3% - 0.5% (Perhari)
=>> Bonus Referensi 20% (Seumur Hidup)
Keuntungan Anda Yang Bergabung Bersama Kami Di PesonaQQ :
*Data Anda Aman Bersama Kami
*Pelayanan Customer Service Yang Ramah 24/7
*Tersedia 8 Permainan Dalam 1 Web Yang Sesuai Dengan Skill Anda (Poker, Domino QQ, Capsa Susun, Adu Q, Bandar Q & Bandar Poker)
*Bonus TURNOVER Yang Melimpah & Bonus REFERENSI Yang Berlaku Seumur Hidup
*Hanya Dengan 1 Akun Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game Di PesonaQQ.com
Kalau Bukan Sekarang Kapan Lagi???
Ayok Tunjukkan Skill Anda Sekarang Juga, Hanya Di PesonaQQ.